NURUL Atikah menunjukkan gambar Muhammad Hisyamuddin yang maut dalam kemalangan pagi semalam. FOTO Zuliaty Zulkifli
NURUL Atikah menunjukkan gambar Muhammad Hisyamuddin yang maut dalam kemalangan pagi semalam. FOTO Zuliaty Zulkifli
Zuliaty Zulkiffli 


Jitra: “Sejak malam tadi (kelmarin) saya tak sedap hati kerana arwah tidak membalas WhatsApp yang dihantar, biasanya dia akan berbuat demikian apabila balik dari kerja selepas jam 8 malam setiap hari.

“Pagi tadi (semalam) saya menunggu dia membalasnya sebelum dikejutkan bakal tunang ditemui lemas di Sungai Kampung Pulau Kechil, Tunjang jam 11 pagi,” kata Nurul Atikah Nordin, 17.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Hisyamuddin Ahmad, 19, yang menunggang motosikal seorang diri dikatakan dari Kampung Pulau Kechil, Tunjang menghala ke Kampung Jeram, dekat sini.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia dipercayai hilang kawalan dan terbabas jatuh ke sungai berkenaan.

Kejadian itu berlaku hanya satu kilometer dari rumahnya di Kampung Hutan Getah, Tunjang, dekat sini, dan mangsa dikatakan tidak membawa telefon bimbit dan dompet.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 8:48 AM