KETUA Bahagian Pemasaran UMWT, Justin Kwan (kiri) bersama Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki (tengah) dan H.Murayama dari Toyota Motor Asia Pacific menerima anugerah daripada ASEAN NCAP Grand Prix.
KETUA Bahagian Pemasaran UMWT, Justin Kwan (kiri) bersama Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki (tengah) dan H.Murayama dari Toyota Motor Asia Pacific menerima anugerah daripada ASEAN NCAP Grand Prix.
myMetro

Kuala Lumpur: Model terbaru Perodua Bezza menerima anugerah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) Terbaik dan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) Terbaik, kedua-duanya bagi kategori kereta keluarga kecil pada Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix.

“Kedua-dua anugerah ini adalah pengiktirafan ke atas usaha kami yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan dalam produk kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

Pada 16 Julai, 2016, Perodua Bezza juga diberikan penilaian 5 bintang daripada ASEAN NCAP, menjadikannya kereta sedan nasional mesra alam 5 bintang pertama di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 7:01 AM