KAKA lebih suka cerita tentang kerjaya tidak mahu jaja kisah cinta.
KAKA lebih suka cerita tentang kerjaya tidak mahu jaja kisah cinta.
Rudy Imran Shamsudin


Saat memulakan kerjaya seni, tidak ramai yang tahu penyanyi Kaka Azraff, 27, adalah anak saudara penyanyi terkenal, Ella.

Bagaimanapun, semakin dia dikenali pertalian keluarga antara Kaka dan Ella bukan lagi rahsia. Lebih-lebih lagi apabila penyanyi yang diberi gelaran ‘ratu rock’ itu memperkenalkan Kaka ketika Konsert Ella 2016.

Dikenali sebagai anak saudara penyanyi hebat, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff akui tidak berasa terbeban apabila ada pihak cuba membandingkan dia dengan ibu saudaranya itu.

Tegas Kaka, tidak ada perasaan rimas atau benci apabila ada yang cuba mengaitkan mahupun membandingkan dia dengan Ella.

“Saya bertuah dan bangga kerana mempunyai ibu saudara yang dikenali sebagai penghibur. Dari kecil, dia adalah idola dan menjadi rujukan saya apabila menyertai industri seni tempatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 7:46 AM