Abdul Wahid (kiri) dan Presiden/CEO PNB , Datuk Abdul Rahman Ahmad. FOTO Abdullah Yusof
Abdul Wahid (kiri) dan Presiden/CEO PNB , Datuk Abdul Rahman Ahmad. FOTO Abdullah Yusof
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad (PNB), komited menjadi pengurus pelaburan bertaraf global menerusi Pelan Strategik Lima Tahun PNB (2017 hingga 2022).

Matlamat utama pelan lima tahun itu adalah untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.

Pelan strategik itu juga membolehkan aset di bawah pengurusan (AUM) PNB, meningkat kepada RM350 bilion menjelang 2022.

Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pelan strategik ini juga akan meningkatkan pemilikan ekuiti dan kekayaan Bumiputera kepada RM298 bilion menjelang 2022.

Katanya, sejak 38 tahun penubuhan PNB, kumpulan sudah berkembang kukuh dengan AUM pada masa ini mencecah RM260 bilion berbanding RM3.5 bilion sejak 1981.

PNB menjadi pelabur utama di Bursa Malaysia dengan nilai pelaburan dianggarkan RM170 bilion atau 10 peratus daripada jumlah pasaran.

"Menerusi Pelan Strategik Lima Tahun PNB ini kami akan memfokus kepada tiga teras utama dengan 15 inisiatif yang dijangka dapat meneruskan momentum pertumbuhan PNB," katanya di majlis pelancaran Pelan Strategik2017-2022 PNB di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 3:24 PM