HM Digital


"SAYA minta ibu bapa jangan melihat jumlah yang dapat A tetapi tengok secara keseluruhan pencapaian murid-murid," kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Awal hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, mengumumkan 4,896 calon peperiksaan UPSR tahun ini mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Katanya, pencapaian calon mendapat maksimum 1B ialah 8,345; minimum 2B (35,752); minimim 1C (91,366): minimum 1D (152,825); minimum 1E (137,262); semua E (9,519) dan lain-lain kombinasi (817).

Seramai 452,721 calon mendaftar menduduki peperiksaan UPSR, dengan 443,677 (98 peratus) calon sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan 9,044 (2 peratus) calon sekolah swasta.

KEPUTUSAN UPSR SELURUH NEGARA

KEDAH: 280 daripada 31,976 calon peperiksaan UPSR tahun ini mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil - Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan.

PERAK: Seramai 363 murid atau 1.05 peratus daripada 34,713 calon UPSR mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil - Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rozi Puteh Ismail.

SELANGOR: Seramai 1,025 daripada 87,229 calon UPSR mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil- Pengarah Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim.

SARAWAK: Seramai 284 daripada 4,1380 calon UPSR mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil - Pengarah Pendidikan, Rakayah Madon.

PAHANG: Seramai 296 daripada 23,351 calon mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil - Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Rosdi Ismail.

PERLIS: Seramai 45 orang murid atau 1.21 peratus daripada 3,805 mendapat keputusan semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil - Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.

TERENGGANU: Seramai 271 daripada 20,341 calon di Terengganu mendapat semua A dalam UPSR tahun ini - Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussin.

PULAU PINANG: Seramai 399 daripada 22,215 calon UPSR di Pulau Pinang memperoleh semua A dengan Gred Purata Negeri (GPN) 2.77.

SABAH: Seramai 187 murid atau 0.43 peratus daripada 43,661 calon mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

KELANTAN: Seramai 320 daripada 29,372 calon UPSR di Kelantan mencatat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran diambil, tahun ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) adalah pada 3.03. - Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Jaafar Ismail.

MELAKA: Seramai 159 calon 13,261 calon UPSR bagi negeri Melaka mencapai keputusan kesemua A.

JOHOR: Seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon memperoleh keputusan semua A dalam subjek yang diduduki mereka pada tahun ini -

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif.

NEGERI SEMBILAN: Seramai 247 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran daripada 16,617 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini.

PUTRAJAYA: Seramai 38 daripada 1,726 calon memperoleh semua A, dengan Gred Purata Negeri (GPN) 2.43.

KUALA LUMPUR: Seramai 308 daripada 20,676 calon memperoleh semua A, dengan Gred Purata Negeri (GPN) 2.77.

LABUAN: Seramai 7 daripada 1,277 calon memperoleh semua A, dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.11.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 7:46 PM