Mohd Hafizee Mohd Arop


Taiping: Sebuah kedai emas di Jalan Pasar, di sini, kerugian dianggar RM1 juta selepas dipercayai dipecah masuk empat penyamun, pagi tadi.

Dalam kejadian dipercayai berlaku antara jam 1 hingga 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk bilik simpanan emas dan wang di kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, kejadian itu hanya disedari pemilik kedai kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hendak membuka premisnya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek memasuki kedai melalui bumbung sebelum memecah pintu bilik dengan menebuk menggunakan gerudi.

"Kerugian dianggarkan RM1 juta dan kedai berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 3:03 PM