Kuala Lumpur: Kebimbangan terhadap budaya penapisan menjadi tumpuan pada Persidangan Pihak-Pihak Ke-7 (COP7) bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC), di Greater Noida, India bermula 7 November lalu hingga Sabtu ini.

Mana-mana wartawan dan orang ramai yang tidak dibenarkan masuk dari galeri awam di COP6 (Moscow) pada 2014 lalu tidak akan terpedaya dengan Sekretariat FCTC yang baharu yang sepatutnya lebih telus dalam memberi proses akreditasi untuk COP7.

Dalam persidangan itu nanti, beberapa cadangan akan dibincangkan dan jika diterima pakai ia akan memformalkan amalan penapisan.

Ini akan memberi peluang kepada individu atau organisasi secara langsung atau tidak berunding dengan industri tembakau, termasuk wakil-wakil kerajaan dan pakar-pakar dengan kelayakan yang sah.

Naib Presiden Strategi Peraturan Global JTI Michiel Reerink berkata, persidangan ini menggalakkan budaya pengecualian dan rahsia di mana perbincangan diadakan secara tertutup.

Katanya, ini bercanggah dengan prinsip asas undang-undang antarabangsa dan hakikat perkara ini yang berlaku dalam sistem demokrasi terbesar dunia.

"FCTC dan COP hilang pegangan terhadap matlamat untuk meningkatkan kesihatan di dunia dan sebaliknya menjadi dorongan kepada ideologi persaingan perniagaan, penanam tembakau, vapor dan perokok," katanya.

Kekurangan COP7 dalam aspek ketelusan dan akauntabiliti diserlahkan lagi dalam satu laporan baru-baru ini yang diterbitkan oleh pakar undang-undang awam antarabangsa Jean-Claude Piris.

Laporan tugasan JTI yang dihantar kepada Ketua Pengarah WHO, Sekretariat Konvensyen FCTC dan Biro COP itu menyertakan keputusan COP6 untuk menukar Kaedah Tatacara secara tertutup.

Menurut laporan Piris, peraturan sebelum ini mendiskriminasi akreditasi pemerhati, menyekat akses kepada dokumen penting dan tidak membolehkan sebarang mekanisme untuk aduan.

Ini sangat berbeza dengan keputusan COP22 semasa Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang akan diadakan di Marrakech bermula 7 hingga 18 November ini.

Ia membincangkan dasar pendedahan dan keterbukaan yang diterima pakai wakil perniagaan, penggubal dasar awam yang dijemput untuk memainkan peranan mereka dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

Pada persidangan COP7 ini, delegasi yang kebanyakannya diketuai oleh pegawai-pegawai kesihatan awam akan membincangkan isu-isu yang melampaui kecekapan mereka seperti amalan Pertanian, Perdagangan dan Pelaburan, Penyelesaian Pertikaian dan Liabiliti.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 7:45 PM