Agensi

New York: Donald Trump bukan saja mengejutkan Amerika Syarikat malah dunia apabila memenangi Presiden negara itu dengan kemenangan besar mengalahkan Hillary Clinton sekali gus menamatkan pemerintahan wakil Demokrat sejak lapan tahun lalu.

Menurut New York Times, pada 4 petang (Waktu Malaysia) hari ini, bilionair hartanah dan popular dalam siri realiti televisyen, Trump sudah memperoleh 279 undi Badan Perwakilan Pemilih dengan 10 undi terakhir diperolehi di Winconsin berbanding Hillary 218. Kedua-dua calon memerlukan sekurang-kurangnya 270 undi untuk menang.

Dalam ucapan di depan penyokongnya di Manhattan, New York, Trump berkata Hillarry sudah menelefonnya mengucapkan tahniah.

Kemenanga Trump, 70, menjadikan beliau Presiden Amerika paling tua pernah terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 4:11 PM