Amman: Seramai 11 pesalah menjalani hukuman gantung semalam, kata Kementerian Dalam Negeri, sekali gus menamatkan amalan itu yang terhenti secara tidak rasmi sejak lapan tahun lalu.

Memetik seorang pegawai kerajaan, agensi berita Petra melaporkan, 11 penjenayah itu disabitkan atas beberapa kes bunuh.

“Mereka digantung pada waktu Subuh,” katanya.

Sumber berkata, semua penjenayah terbabit adalah lelaki dan rakyat Jordan.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan antara 2005 dan 2006.

Kali terakhir Jordan melaksanakan hukuman mati pada Jun 2006.

Sejak itu 122 orang didapati bersalah atas pelbagai tuduhan dan dihukum mati.

Ada pendapat mengatakan kadar jenayah di Jordan meningkat selepas hukuman mati ditangguhkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:03 AM