GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Agensi

Amman: Bapa setan. Itu perkataan sesuai diberikan kepada lelaki ini yang merogol anak perempuannya yang berusia 16 tahun kira-kira 300 kali.

Akibatnya, lelaki berusia 44 tahun itu dijatuhi hukuman tujuh tahun lima bulan oleh sebuah mahkamah di negara itu.

Bagaimanapun, tertuduh turut diperintahkan melakukan kerja berat sepanjang menjalani hukuman itu.

Portal Gulf News melaporkan tertuduh didakwa melakukan tindakan keji itu sejak anak perempuannya masih kecil dan mengambil kesempatan ketika isterinya tiada.

Mangsa dipaksa menutup mulut bertahun-tahun lamanya berikutan diugut bapanya.

Dalam pada itu, tertuduh hanya berdiri tanpa bergerak-gerak ketika hakim mahkamah menjatuhkan keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, tertuduh bernasib baik kerana sebelum ini dijatuhi hukuman mati ketika kes itu dibicarakan di mahkamah lebih rendah.

Kes rogol seumpama itu bukan pertama kali berlaku di Jordan.

Pada 2018, mahkamah pernah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki berusia 50 tahun kerana merogol anak perempuannya.

Malah, dalam kes itu, mangsa bukan setakat dirogol, malah kemudian disahkan dijangkiti penyakit kelamin dan dijangkiti HIV.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 6:31 AM