GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Amman: Bengang tiga kali isterinya dijangkiti Covid-19 menyebabkan seorang lelaki di Jordan nekad menceraikannya.

Memetik Gulf News, lelaki itu sanggup mengakhiri perkahwinan mereka selama 15 tahun itu kerana tidak mahu dijangkiti Covid-19.

Menurut lelaki itu, perceraian itu sebagai hukuman kerana kecuaian isterinya hingga dijangkiti wabak itu sebanyak tiga kali dalam beberapa bulan.

"Saya menceraikan isteri saya dan tidak merujuknya kembali walau apapun terjadi.

"Dia dijangkiti Covid-19 sebanyak tiga kali kerana kerap keluar membeli-belah bersama rakannya.

"Saya tidak mahu mati kerana kecuaiannya itu," katanya dalam hantaran di Facebook.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, negara itu menyaksikan lonjakan kes Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Setakat ini, negara yang mempunyai 10 juta populasi itu merekodkan 659,250 kes jangkitan termasuk 7,646 kematian dan 581,170 sembuh.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 6:31 AM