Minyak yang dirampas. - Muhamad Izzat Nasuruden
Minyak yang dirampas. - Muhamad Izzat Nasuruden
Muhamad Izzat Nasuruden


Sungai Siput : Sejumlah 300 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi bernilai RM14,000 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Perak (KPDNKK) dalam serbuan di Taman Jalong, di sini, hari ini.

Dalam serbuan 11 pagi di kedai menjual peralatan sembahyang itu, anggota KPDNKK turut menahan tiga lelaki termasuk pemilik premis.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK negeri Perak Ahmad Ahrazuddin Ahmad Hamdan berkata, hasil pemeriksaan mendapati ada simpanan stok melebihi had lesen runcit dibenarkan di premis berkenaan.

"Premis perniagaan ini hanya mempunyai lesen runcit untuk menyimpan 500 kg minyak masak namun pemilik premis melanggar had simpanan dibenarkan," katanya selepas serbuan.

Menurutnya, premis berkenaan didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 6:26 PM