Afandi (tengah) bersama Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan). FOTO BERNAMA
Afandi (tengah) bersama Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan). FOTO BERNAMA
Ferzalfie Fauzi


Petaling Jaya: Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali ke-53 akan diadakan pada 25 Mac 2017 selepas diumumkan dalam sidang media Mesyuarat Exco badan induk berkenaan hari ini.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi badan induk berkenaan akan diadakan pada Kongres FAM itu.

"Notis berkaitan penganjuran kongres itu bakal dikeluarkan pada semua 20 ahli gabungan dalam tempoh terdekat," kata Afandi.

Jelasnya, pencalonan boleh dibuat selewat-lewatnya 23 Januari manakala senarai akhir akan dibentangkan kepada exco pada 20 Februari 2017.

Pemilihan pucuk kepimpinan ini ini dilakukan bagi sesi 2017-2021.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 5:32 PM