VERA menghabiskan masa sehari dalam keranda. Gambar kecil, rakan yang turut memberi sokongan kepada Vera. FOTO Agensi
VERA menghabiskan masa sehari dalam keranda. Gambar kecil, rakan yang turut memberi sokongan kepada Vera. FOTO Agensi
Agensi

Camocim (Brazil): Sepanjang 14 tahun lalu Vera Lucia da Silva impikan untuk mengadakan upacara pengebumiannya sendiri ketika dia masih hidup.

Wanita berusia 44 tahun itu mengharungi kehidupannya dengan impian untuk menghabiskan sehari dalam keranda sementara ahli keluarga dan rakan datang menziarah mayatnya.

Katanya, ia hari paling bahagia dalam hidupnya.

Upacara pengebumian olok-olok itu diadakan Rabu lalu di sebuah rumah pengurusan mayat di Camocim, Brazil.

Walaupun ramai yang menentang ideanya, keluarga Vera dan rakannya datang pada hari berkenaan untuk memberi sokongan kepadanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 8:12 AM