SEPASANG pengantin baring dalam keranda, kononnya untuk memastikan kehidupan berumah tangga mereka direstui.
SEPASANG pengantin baring dalam keranda, kononnya untuk memastikan kehidupan berumah tangga mereka direstui.
Agensi

Bangkok: Ramai pasangan memikirkan hari perkahwinan mereka sebagai permulaan untuk hidup baru bersama.

Beberapa pasangan Thai mengambil idea itu lebih serius dengan baring dalam keranda ketika melafazkan ikrar perkahwinan.

Upacara perkahwinan itu yang dijalankan oleh sami kononnya untuk membolehkan pasangan menyucikan diri daripada nasib malang dengan ‘dihidupkan semula’ dan ia dipercayai dapat membawa cinta sejati, kemewahan dan dilidungi daripada bahaya.

Seramai 10 pasangan mengambil bahagian dalam upacara besar-besaran yang luar biasa itu di sebuah kuil di pinggir bandar Bangkok, kelmarin.

Peserta melakukan upacara keagamaan di depan sami sebelum mengambil tempat mereka bersebelahan antara satu sama lain di dalam keranda merah jambu sambil memegang bunga rapat pada dada mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:11 AM