HM Digital

Restoran berkonsep kasual inspirasi bandar raya New York (NY), NY Steak Shack baru-baru ini melancarkan cawangan ke-10 di Melawati Mall, Ampang bersama pelancaran Parti Pembukaan Bertema ‘Heaty, Tasty, Meaty Affair’.

Meraikan ulang tahun ketiganya tahun ini, NY Steak Shack menawarkan stik pada harga berpatutan sementara mereplikasi makanan, rasa dan suasana bandar raya NY yang menjadi tarikan ramai peminat makanan di Malaysia dan Asia.

Melangkah ke depan, jenama itu menjangkakan lebih banyak peluang untuk menempa nama di dalam dunia masakan Barat di Malaysia dan Asia.

Ketua Pegawai Operasi Revenue Valley Sdn Bhd, Dickson Low berkata, restoran itu mengutamakan setiap butiran proses bermula dari pemilihan ramuan, hasil, pemotong dan bahkan reka bentuk dalaman kedai.

“Ia selaras misi kami untuk menjadikan makanan di restoran ini di luar jangkaan pelanggan dan menyediakan mereka pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Hidangan tanda pengenalan terkenal, stik yang menggiurkan dihidangkan semasa ia masih berdesis di kuali panas. Rahsia untuk mengekalkan daging yang segar namun berdesis adalah dengan menambah lapisan bawang karamel di bawah stik.

Ini adalah cara kreatif untuk memastikan stik dimasak dengan baik, kerana ia melengkapkan tekstur daging yang sempurna sambil meresap rasa yang berbau karamel dan manis untuk menjentik cita rasa pelanggan.

NY Steak Shack juga menawarkan pelbagai burger, shake, pembuka hidangan, salad, sup, pasta, nasi dan hidangan perkongsian dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 9:32 AM