ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat. Gambar kecil, motosikal yang dipercayai milik mangsa sebelum ditinggalkan. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat. Gambar kecil, motosikal yang dipercayai milik mangsa sebelum ditinggalkan. FOTO ihsan bomba
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Seorang lelaki, 38, dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang hanya disedari jam 8.30 pagi itu, mangsa, Mohd Sukri Saad dilaporkan meninggalkan sebuah motosikal jenis Modenas dan telefon bimbit di atas jambatan sebelum terjun.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan II, Isharuddin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.40 pagi berkenaan seorang lelaki dipercayai terjun di KM11.3 jambatan berkenaan arah Batu Maung.

Beliau berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Bakap serta Unit Marin Bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan.

"Pihaknya masih lagi melakukan pemantauan di atas jambatan sambil dibantu Pasukan Polis Marin Wilayah Satu yang membuat pencarian di laut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 11:22 AM