Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Wad kecemasan di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, terbakar, pagi ini.

Semua pesakit dan kakitangan diarahkan keluar dari bangunan untuk dibawa ke lokasi selamat di sekitar, pada kira-kira 9 pagi.

Difahamkan, kejadian berkenaan disedari kakitangan hospital sebelum tindakan pantas dilakukan untuk menyelamatkan pesakit ditempatkan yang di wad itu.

Sehinggga 10.20 pagi, anggota Bomba dan Penyelamat masih memadamkan kebakaran.

Sementara itu tinjauan mendapati, perkarangan hospital dipenuhi pesakit yang dipantau jururawat dan doktor hospital itu.

Keadaan dilihat terkawal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 11:07 AM
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang terbakar. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang terbakar. FOTO Hairul Anuar Rahim