NOR Mohd Hafiz bersama produk Cool Hijab.
NOR Mohd Hafiz bersama produk Cool Hijab.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Dyazara Secret Marketing (www.coolhijab.com) berjaya menembusi pasaran luar negara menerusi produk serum rambut untuk wanita bertudung, Cool Hijab suku akhir 2014.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Nor Mohd Hafiz Mansor berkata, Cool Hijab berada di pasaran Singapura, Indonesia, Brunei, China dan Arab Saudi.

Katanya, syarikat menyasarkan untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Perancis dalam tempoh setahun lagi berikutan mendapat permintaan.

“Buat masa ini, 60 peratus jualan syarikat disumbangkan oleh pasaran luar negara dan 40 peratus domestik. Namun, tahun ini kami memberi fokus pada pasaran tempatan kerana kami masih belum mempunyai stokis di Sabah dan Sarawak.

“Cool Hijab adalah produk pertama di pasaran yang direka khas untuk wanita bertudung yang didatangkan dengan wangian khas untuk rambut dan diimport dari Perancis,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, cara penggunaan Cool Hijab juga sangat mudah, tidak melekit atau berminyak serta boleh digunakan oleh kanak-kanak dan ia menyihatkan rambut, menghilangkan bau kepala dan membantu masalah rambut gugur.

Nor Mohd berkata, pihaknya mencapai jualan sehingga 5,000 botol sebulan Cool Hijab bagi semua pasaran dan menyasarkan 100,000 botol terjual tahun ini.

Setakat ini pihaknya mempunyai 90 ejen dan 12 stokis di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

“Kami menjual produk menerusi sistem pengedaran dan dalam talian. Kami mengalu-alukan mereka yang berminat menjana pendapatan dan dengan modal serendah RM90 boleh menjadi ejen Cool Hijab.

“Manakala ejen mudah alih pula modal hanya RM5,000 dengan margin keuntungan sehingga 40 peratus dan diberi latihan serta bimbingan secara berkumpulan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 7:27 AM