IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Belud: Enam maut manakala lima parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kampung Pandasan, dekat sini, pagi ini.

Enam mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima yang parah dikejarkan ke Hospital Kota Belud, pada kejadian 5.45 pagi.

IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.59 pagi. Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat

"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan ini membabitkan empat kenderaan iaitu Proton Saga, Gen2, Toyota Hilux dan Perodua Kancil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 9:11 AM