Harrif paling awal tiba di garisan penamat pada peringkat ketiga hari ini. FOTO AZLAN MZ
Harrif paling awal tiba di garisan penamat pada peringkat ketiga hari ini. FOTO AZLAN MZ
Azlan Muhammad Zain


Pasir Puteh: Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh membuktikan kejaguhannya apabila memenangi peringkat ketiga Jelajah Malaysia (JM) 2016 hari ini.

Dia mengatasi cabaran pelumba KSPO dari Korea Selatan Park Sung Baek yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala seorang pelumba tempatan mewakili NSC Mycron Irwandie Lakasek di tempat ketiga.

Kemenangan membolehkan Harrif mengotakan janji untuk merampas jersi Raja Pecut dengan kini mengumpul 30 mata.

Harrif mencatatkan empat jam 00 minit 49 saat bagi menamatkan saingan sejauh 169.1 kilometer dari Gua Musang ke Pasir Puteh.

Kemenangan Harrif menamatkan penguasaan pasukan dari Iran Pishgaman Giant Team yang memenangi dua peringkat awal sebelum ini.

Peringkat keempat akan berlangsung esok dari Machang ke Gong Badak sejauh 125.2 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 3:53 PM