COSTA (tengah)  miliki semangat juang tinggi.
COSTA (tengah) miliki semangat juang tinggi.
AFP

London: Antonio Conte mendedahkan beliau tidak mengendahkan permintaan Diego Costa untuk dikeluarkan kerana tidak mahu semangat penyerang penyerang panas baran Chelsea itu hilang.

Costa menjaringkan gol ketujuh Liga Perdana Inggeris musim ini apabila Chelsea meraih kemenangan 3-0 ke atas juara bertahan Leicester di Stamford Bridge kelmarin.

Namun pemain Sepanyol yang penuh kontroversi itu masih tetap mencetuskan kekecohan untuk meyakinkan pengurus Chelsea Conte menggantikannya pada minit ke-70 tetapi gagal.

Costa hampir saja digantung perlawanan bagi aksi menentang skuad Jose Mourinho, Manchester United di laman sendiri Ahad depan dan dengan perlawanan menentang Leicester dikatakan terkawal membuatkannya ingin keluar lebih awal.

Malah dia turut memegang kakinya seolah-olah berdepan masalah kecederaan pada babak akhir perlawanan, namun tidak dipedulikan Conte dan menegaskan beliau tidak mahu kehilangan pemain bersemangat seperti Costa biarpun untuk beberapa minit.

“Jika boleh, saya mahu mengekalkan Costa hingga tamat permainan. Costa pemain penting buat kami,” kata Conte.

“Diego berada pada tahap terbaik. Dia mempunyai semangat dan kami perlukan semangatnya untuk setiap saat perlawanan.

“Saya sedar, saya mengambil risiko kerana jika Costa dilayangkan satu lagi kad, dia akan terlepas perlawanan berikutnya.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 8:05 AM