COSTA
COSTA
AFP

London: Pengurus Chelsea Antonio Conte menegaskan beliau tidak berhasrat membenarkan penyerang Sepanyol Diego Costa meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Costa, 27, dikaitkan dengan perpindahan semula ke bekas kelabnya Atletico Madrid selepas musim kedua bermasalah di England.

Keputusan Conte mengikat penyerang Belgium Michy Batshuayi dari Marseille meningkatkan spekulasi Costa mungkin dibenar meninggalkan Stamford Bridge.

Namun Conte, yang mengambil alih Chelsea secara rasmi awal bulan ini selepas menamatkan peranannya sebagai jurulatih Itali pada Euro 2016, berazam mengekalkan Costa, yang meledak banyak gol sekali gus melonjak Blues meriah kejuaraan Liga Perdana di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2015.

“Diego pemain kami. Dia seorang pemain yang fantastik, pemain yang penting dan tidak ada masalah,” ujar Conte.

“Dia kekal bersama kami, dia bekerja keras, dia amat gembira bekerja dengan rakan sepasukannya dan saya dengan idea baharu bola sepak. Dia seorang pemain Chelsea.

“Dia pemain penting, pemain yang amat kuat, seorang daripada terbaik di dunia dan saya percaya apabila dia memahami idea kami, dia akan menjaringkan banyak gol buat kami.”

Chelsea berdepan WAC RZ Pellets pada perlawanan persahabatan selepas tumpas perlawanan sukung di bawah Conte kepada satu lagi kelab Austria Rapid Vienna hujung minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 8:16 AM