Rasanya belum terlambat untuk Papa ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada pembaca setia BLING!

Papa doakan agar semua yang dirancangkan berjalan lancar dan masing-masing dikurniakan kesihatan yang baik.

Minggu ini Papa nak kongsikan gambar pelakon Riezman Khuzaimi bersama isteri barunya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad yang diambil seorang peminat, baru-baru ini.

Kata peminat terbabit, dia terserempak dengan pasangan pengantin baru itu di sebuah restoran di pusat beli-belah di Damansara.

Apa yang menarik perhatian, pasangan terbabit dilihat mesra dan ‘low profile’ apabila makan malam di sebuah restoran biasa bersama beberapa individu lain.

Papa doakan semoga bahtera perkahwinan yang baru mereka bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 5:03 AM