KEMALANGAN yang membabitkan lima kenderaan yang mengorbankan seorang anggota tentera di KESAS. FOTO ihsan Bomba
KEMALANGAN yang membabitkan lima kenderaan yang mengorbankan seorang anggota tentera di KESAS. FOTO ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


ANGGOTA tentera maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan lima kenderaan di Kilometer 44.1 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran Bandar Sunway, hari ini.

Mangsa, Omar Abd Rahman, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.58 pagi sebelum sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu tiga lori, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

"Terdapat seorang mangsa iaitu penunggang motosikal Honda EX5 digilis salah sebuah lori dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang berada di bawah lori kemudian dikeluarkan pihak bomba.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 10:51 AM