Lima peserta yang layak ke final AF 2016 (Dari kiri) Amir, Amal, Afi, Ara dan Reshma. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Lima peserta yang layak ke final AF 2016 (Dari kiri) Amir, Amal, Afi, Ara dan Reshma. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Michelle Gun

 

Shah Alam: Dua peserta Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Zarol dan Rahila terpaksa meninggalkan pentas program realiti itu apabila mendapat undian terendah, malam tadi.

Penyingkiran itu sekali gus melayakkan lima peserta lain, Amir, Amal, Afi, Ara dan Reshma ke pentas akhir pada Ahad depan.

Konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, turut menyaksikan Amir terpilih untuk menerima Anugerah Transformasi Diri Vitagen dan membawa pulang hadiah wang tunaiRM5,000 berserta trofi.

Bagi persembahan minggu ini, peserta dikehendaki menyanyi sebuah lagu solo serta duet bersama penyanyi pilihan.

Penyanyi yang berduet bersama peserta di pentas ialah Tam Spider (Afi), Datuk Hattan (Ara), Rahila (Black), Datin Alyah (Amir), Indah Ruhaila (Zarol), Siti Nordiana (Amal) dan Hazama (Reshma).

Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kudsia Kahar sebagai juri jemputan bersama juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 12:53 AM