LIMA peserta akhir AF2016 (dari kiri) Amir, Amal, Afi, Ara dan Reshma.
LIMA peserta akhir AF2016 (dari kiri) Amir, Amal, Afi, Ara dan Reshma.
Michelle Gun


Walaupun gagal ke pentas final Akademi Fantasia 2016 (AF2016) kerana jumlah undian rendah, Rahila dan Zarol enggan berputus asa dan nekad merealisasikan impian mereka untuk menjadi penyanyi terkenal.

Rahila atau nama sebenarnya Nurul Rahila Rashun, 20, berkata kemampuannya untuk kekal sehingga konsert separuh akhir sudah cukup baik baginya.

“Saya tidak kecewa kerana percaya rezeki menyanyi akan datang kemudian. Sebenarnya setiap minggu saya bersiap sedia kalau tersingkir kerana markah boleh turun naik,” katanya, ketika ditemui selepas konsert separuh akhir AF2016, malam kelmarin.

Ketika ditanyakan punca dirinya tersingkir, bekas jururawat dari Singapura itu percaya ia disebabkan bilangan penyokong yang kurang pada setiap minggu.

“Mungkin itu menyebabkan jumlah undian saya rendah. Namun saya sudah melakukan yang terbaik walaupun agak gementar menyanyikan lagu Cheap Thrills kerana ia lagu rancak dan memerlukan banyak tenaga,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 5:56 AM