Mayat bayi yang ditemui di dalam tong sampah di Pasir Tumboh, petang tadi. FOTO ihsan pembaca
Mayat bayi yang ditemui di dalam tong sampah di Pasir Tumboh, petang tadi. FOTO ihsan pembaca
Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Sumbat dalam plastik yang turut mengandungi sampah. Betapa kejamnya pelaku perbuatan berkenaan terhadap mayat bayi perempuan cukup sifat seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat yang dibuang di dalam tong sampah di Pasir Tumboh, di sini, 3.30 petang, hari ini.

Mayat berkenaan ditemui oleh empat pekerja penyelengaraan sampah swasta ketika mahu memasukkan sampah ke dalam lori.

Saksi kejadian, Amin Ridzuan Halim, 31, berkata, bayi terbabit diletakkan di dalam plastik merah bersama sisa sampah yang lain.

Katanya, ketika mahu memasukkan sampah ke dalam lori, mayat bayi itu terjatuh ke dalam takungan sampah.

"Kami terus menghubungi polis dan memaklumkan penemuan berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 6:48 PM