PediaSure

Jangan biarkan persepsi salah ini menghalang pertumbuhan optimum anak anda!

1. Masalah cerewet makan anak saya hanyalah sementara.

Masalah cerewet makan mungkin disebabkan oleh masalah perubatan atau amalan pemberian makanan yang kurang sesuai. Bagi memastikan dia mendapat nutrien yang mencukupi untuk tumbesarannya, anda boleh mengubah cara pemberian makanan anak anda.

2. Pengukuran pertumbuhan adalah tidak penting.

Walaupun anak anda tidak sakit atau dalam kesakitan, pengukuran pertumbuhan dapat membantu mengesan masalah pemakanan atau masalah kesihatan yang mungkin tidak dikesan.

3. Ketinggian rendah atau kurang berat badan bukanlah satu masalah.

Kanak-kanak yang tidak membesar dengan baik mungkin mengalami perkembangan yang terbantut, prestasi yang kurang baik di sekolah dan risiko yang lebih tinggi berkenaan obesity dan penyakit kronik yang berkaitan pemakanan.

4. Saya tidak boleh memperbaiki pertumbuhan anak saya.

Pemakanan yang baik akan mengoptimumkan pertumbuhan anak anda-tetapi jangan tunggu sehingga umur anak anda semakin meningkat.

5. Jika saya pendek, anak saya juga akan pendek.

Dengan penjagaan dan amalan pemakanan yang betul, anak anda boleh menjadi lebih tinggi dan tidak perlu menderita kesan daripada pertumbuhan yang terbantut.

Empat langkah bagi memastikan pertumbuhan ketinggian yang baik

1. Pengukuran pertumbuhan.

Jangan terlepas tempoh pertumbuhan kritikal anak anda. Bawa anak anda ke klinik 1-2 kali setiap tahun untuk mengesan pertumbuhannya sebelum harijadinya yang ke-10.

2. Sediakan makanan berkhasiat mengikut keperluan pemakanan.

Berikan anak anda diet yang berpatutan, sederhana, seimbang dan pelbagai.

3. Baiki amalan pemberian makanan.

Tanyalah doctor anak anda bagaimana program IMFeD dapat membantu mengatasi masalah pemberian makanan anak anda dan menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan.

4. Pemakanan Tambahan Lengkap.

Pemberian 2 hidangan pemakanan tambahan yang lengkap setiap hari boleh membantu anak anda mencapai pertumbuhan yang sesuai dengan umurnya.

Lihat peningkatan pertumbuhan

PediaSure adalah pemakanan tambahan lengkap yang dirumus secara saintifik untuk menyokong pertumbuhan anak anda. Dengan formulasi Sure 3 System, PediaSure memenuhi 100 peratus saranan pengambilan makanan US (DRIs) untuk protein dan 25 vitamin dan mineral penting bagi pertumbuhan yang optimum dan meningkatkan system pertahanan semulajadi anak anda.

Ukur pertumbuhan anak anda dan jangan biarkannya kekurangan nutrien yang penting.

Layari laman web www.pediasure.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 7:09 AM