RIDZWAN hasilkan komik dengan gabungan teknik konvensional dan digital.
RIDZWAN hasilkan komik dengan gabungan teknik konvensional dan digital.
RIDZWAN hasilkan komik dengan gabungan teknik konvensional dan digital.
RIDZWAN hasilkan komik dengan gabungan teknik konvensional dan digital.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Minat yang mendalam membuatkan anak muda ini gigih menghabiskan masa berjam-jam menghasilkan komik selepas pulang dari kerja.

Menurut Mohd Ridzwan Ariffin, 21, walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni tapi kerana minat melukis sejak kecil menjadikan dia berani mengetengahkan hasil karya kepada pembaca di media sosial.

Mempunyai lebih 70,000 pengikut di Instagram, komik strip ‘wanmars’ hasil kerja tangan Ridzwan yang baru dikeluarkan bermula Februari tahun ini sudah dimuat naik sekitar 100 komik.

“Saya tidak menetapkan hari atau waktu tertentu untuk keluarkan komik namun setiap kali ada idea saya tidak akan tunggu dan lepas pulang kerja saya terus tumpukan perhatian untuk siapkannya,” katanya.

Ridzwan berkata, dia tidak menyangka bakal menerima bilangan pengikut dan pembaca seramai itu kerana pada mulanya komik empat panel yang dihasilkan hanya sekadar hobi.

“Saya tak sangka komik saya hasilkan dapat perhatian dan menarik minat orang ramai. Saya berterima kasih dengan semua pembaca kerana komik bertambah baik selepas komen yang mereka berikan.

“Selepas mendapat bilangan pembaca yang ramai, ada juga yang ingin menerbitkan komik saya tapi mereka tunggu sehingga bilangan komik strip saya hasilkan ini mencecah 150,” katanya.

Katanya, penghasilan komik membabitkan gabungan dua teknik iaitu teknik konvensional dan digital kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kini saya lebih banyak gunakan teknik digital kerana lebih cepat untuk menghasilkan satu komik empat panel tapi sebenarnya saya suka gunakan kedua-dua teknik.

“Kadangkala saya gabungkan dua teknik dalam satu karya kerana mahu pelbagaikan teknik selain mencuba untuk bereksperimen,” katanya.

Katanya lagi, dia akan terus aktif dan giat menghasilkan komik yang lebih baik dan mungkin menjadikan penghasilan komik sebagai kerjaya sepenuh masa.

PROFIL:

Nama: Mohd Ridzwan Ariffin

Usia: 21 tahun

Asal: Sandakan, Sabah

Instagram: @wanmars

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 11:25 AM