Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Pemilik syarikat tekstil diarahkan Mahkamah Sesyen di sini supaya membayar RM195,835 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Hakim N Kanageswari yang membuat keputusan dalam kamar.

Mengikut fakta kes, tertuduh, Wong Sing Fei, 35, memfailkan Penyata GST (penyata GST-03) bagi tempoh bercukai Oktober dan November 2015 kepada kastam menerusi 'TaxPayer Access Point' (TAP) dalam talian.

Sehingga 9 November 2015, Wong masih gagal, enggan dan cuai membayar cukai bagi dua tempoh berkenaan.

Kastam mengeluarkandua bil tuntutan cukai itu namun tidak dihiraukan tertuduh.

Sehingga ke tarikh writ dan penyataan tuntutan difailkan kastam, Wong masih enggan membayar GST berjumlah RM195, 835.65 bagi tempoh bercukai 1 hingga 30 September 2015 dan 1 hingga 31 Oktober 2015.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Sivil Kastam Negeri Sembilan Amirul Syafiq Mahadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 3:48 PM