FADIL (tengah) ketika sidang media. FOTO Norasikin Daineh
FADIL (tengah) ketika sidang media. FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh

Tawau: Polis mengenal pasti beberapa individu termasuk penguatkuasa yang dipaparkan dalam video viral mengenai pendedahan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, polis sudah buka siasatan untuk mengesahkan kejadian seperti yang dipaparkan termasuk watak, gambaran tempat dan kenderaan (bot polis) yang digambarkan dalam video itu.

"Saya mengesahkan masih menjalankan siasatan secara terperinci mengenai paparan video ini dan pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap kelemahan dalam paparan video sekiranya dikesan mengenai perlanggaran integriti serta tindakan sekeras-kerasnya akan diambil.

"Bagaimanapun, polis Tawau secata tegas menafikan tidak semudah itu kemasukan beratus PATI ke daerah ini menerusi pendaratan Batu-Batu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi kira-kira 10 minit penyamaran wartawan Indonesia mendedahkan kemasukan PATI ke Tawau menerusi Nunukan, Indonesia mudah selepas wang suapan diberikan kepada pihak berkuasa.

Video itu menjadi viral dan dikongsikan di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Berita berkaitan:

Siasat dakwaan video PATI terlepas pemeriksaan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 3:05 PM