Milan: Pemain tengah Juventus, Andrea Pirlo meraih anugerah pemain terbaik Serie A buat tahun ketiga berturut-turut dalam satu majlis gilang-gemilang anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Itali, kelmarin.

Perancang tengah berusia 34 tahun itu dipilih di samping bekas pengendali Juve, Antonio Conte yang meraih anugerah jurulatih terbaik tahunan selepas mengemudi Bianconeri merangkul kejuaraan Serie A ketiga berturut-turut musim lalu sebelum dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Itali.

“Memang puas memenangi anugerah ini,”kata Pirlo, seorang daripada beberapa bintang Juve yang disenaraikan dalam pasukan terbaik tahunan Serie A.

Juventus memenangi kejuaraan liga ke-30 musim lalu dengan meraih 102 mata dan layak ke separuh akhir Liga Europa.

Pirlo hanya menjaringkan dua gol dalam tujuh perlawanan buat juara Itali itu, namun terlepas enam minggu pertama musim ini akibat kecederaan.

Pirlo menyertai Juventus tiga musim lalu selepas menghabiskan sedekad beraksi bersama kelab gergasi Serie A, AC Milan.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 7:05 AM