REEN menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak.
REEN menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak.

Bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat, Wonderland Primary Sdn Bhd di bawah jenama Asianic menjalin kerjasama dengan Sekolah Jalinan Kasih Chow Kit mengadakan program untuk menceriakan dan memberi motivasi kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Program ini bertujuan mengadakan sesi suai kenal dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak supaya sentiasa cekal dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat masa depan yang lebih cemerlang.

Pada majlis itu juga, selebriti Asianic, Reen Rahim iaitu artis muda yang sedang meningkat naik bersama-sama kanak-kanak untuk memberi inspirasi dan semangat agar mereka terus positif, rajin dan tekun dalam pelajaran.

Pada program itu juga, Wonderland menyumbangkan produk penjagaan diri jenama Asianic dan duit kepada kanak-kanak. Diharap dengan sumbangan produk ini, kanak-kanak itu sedikit sebanyak dapat berkongsi dengan keluarga dan orang sekeliling mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri.

Pada akhir acara, kanak-kanak dihiburkan dengan persembahan badut. Jelas terpancar kegembiraan mereka walaupun dalam masa yang singkat, mereka bukan saja dapat berjumpa selebriti tetapi mendapat jalinan kasih daripada setiap tetamu yang hadir.

Guru besar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow Kit Zukernai Fauzi, juga amat berbesar hati dengan kunjungan Wonderland. Sekurang-kurangnya kanak-kanak yang berada di sekolah itu dapat menyesuaikan diri dan bergaul dengan masyarakat di luar. Dengan cara ini dapat menambahkan keyakinan mereka untuk membesar seperti kanak-kanak lain yang seusia mereka.

Untuk maklumat lanjut layari Facebook dan Instagram Asianic Halal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 7:22 AM