Subramaniam (kanan) bersalaman dengan veteran MIC negeri pada Sambutan Ulang Tahun yang ke-70 Badan Perhubungan MIC Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini. FOTO Rasul Azli Samad

Nur Saliawati Salberi

Melaka: Kementerian Kesihatan memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani virus Zika.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, virus Zika yang dibawa nyamuk Aedes itu dapat dikekang melalui kawalan pembiakan nyamuk berkenaan.

"Kerjasama antara kementerian dan PBT memang sudah ada, kita akan perkasakan untuk menanganinya.

"Tumpuan kementerian paling tinggi adalah untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes, ini paling mustahak kerana ia menjadi pembawa," katanya.

Beliau berkata, jika pembiakan nyamuk Aedes dapat dibasmi, penularan virus terbabit dapat dibendung.

Menurutnya, ibu mengandung terutamanya perlu mendapatkan nasihat daripada doktor bagi mendapatkan langkah pencegahan untuk mengelak daripada dijangkiti virus Zika.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 9:47 PM