Harisun (tiga dari kanan) bersama pelajarnya menunjukkan kapsul anti denggi yang dihasilkan. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Harisun (tiga dari kanan) bersama pelajarnya menunjukkan kapsul anti denggi yang dihasilkan. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) percaya kapsul makanan tambahan yang dicipta mereka mampu membantu mengubati denggi dan mengelak jangkitan virus Zika.

Pensyarah Kanan Institut Bio Produk UTM Dr Harisun Yaakob berkata, produk berkenaan dibangunkan melalui hasil penyelidikkan sejak 2011 yang mengandungi empat bahan utama termasuk ekstrak daun betik dan minyak kelapa dara.

"Jika di hospital atau klinik pesakit akan diberikan rawatan yang boleh menurunkan suhu badan pesakit denggi melalui pertambahan elektrolit dalam badan sekali gus meningkatkan platlet darah.

"Produk ini mampu merencatkan pertumbuhan denggi dan dipercayai mampu memberi kesan sama terhadap Zika kerana kedua-dua virus ini (denggi dan zika) disebarkan melalui nyamuk Aedes," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memperolehi geran penyelidikkan sebanyak RM300,000 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan UTM selain bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak menjalankan penyelidikan lanjut untuk menangani virus Zika.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 12:59 PM