Walaupun dilaporkan sakit dan dimasukkan ke hospital baru-baru ini, Jo Bo Ah memilih mahu meneruskan penggambaran drama terbarunya, Monster.

Kelmarin, agensinya Sidus HQ mengesahkan aktres itu terpaksa dikejarkan ke hospital sebelum didiagnosis mengalami meningitis.

Bagaimanapun, dia tidak bercadang menangguhkan penggambaran sebaliknya bergegas kembali ke set demi melangsaikan tugasnya.

Agensinya turut menegaskan dia diberikan rawatan berterusan dan pemeriksaan berkala sebaik penggambaran Monster selesai.

Jo Bo Ah menjayakan siri Monster disamping pelakon Kang Ji Hwan dan Sung Yuri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 10:55 AM