ZAIDI (dua dari kanan) dan rakan-rakannya melayani kanak-kanak terbiar makan.
ZAIDI (dua dari kanan) dan rakan-rakannya melayani kanak-kanak terbiar makan.
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Demi sesuap nasi dan meneruskan kehidupan sejak ibunya menjalani hukuman penjara pada Januari lalu, empat beradik yang berusia empat hingga 15 tahun terpaksa berdikari dengan menjaja kerepek ubi di sekitar Larkin Perdana, di sini.

Mereka terpaksa mengenepikan perasaan malu dan menggunakan apa saja cara bagi memastikan hasil jualan mereka mendapat perhatian pelanggan dan tidak pulang dengan tangan kosong.

Akibat keletihan selepas sehari suntuk menjual kerepek ubi, empat beradik itu juga kerap menjadikan kaki lima bangunan sebagai tempat melelapkan mata seketika sehinggakan kehadiran mereka menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Anak kedua daripada empat beradik itu, Nur Amira (nama samaran), 13, berkata, kawasan rumah kedai berkenaan menjadi rumah kedua dia dan adik-beradiknya sejak terpaksa berpisah dengan ibunya memandangkan wanita itu mula menjalani hukuman penjara mulai awal tahun ini.

Menurutnya, pada setiap hari, dia memulakan aktiviti menjual kerepek pada jam 10 pagi hingga 10 malam, namun sekiranya keletihan selain mahu memastikan semuanya terjual, dia dan adik-beradiknya sanggup bermalam di kaki lima kedai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 8:06 AM