GIULIA akhirnya diselamatkan. - MailOnline
GIULIA akhirnya diselamatkan. - MailOnline

Amatrice: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya ditarik keluar hidup-hidup dari runtuhan bangunan selepas terperangkap selama 17 jam akibat gempa bumi yang melanda tengah Itali, kelmarin.

Rakaman menunjukkan kaki kanak-kanak itu diliputi debu apabila kru kecemasan sedaya upaya cuba mengeluarkannya.

Seorang anggota penyelamat didengari berkata: “Diam. Saya boleh mendengar sesuatu di bawah sana.”

Sebaik mangsa dikesan, dia memintanya menggerakkan tubuhnya sambil meminta kanak-kanak yang dipanggil Giulia itu berhati-hati tidak mencederakan kepalanya.

Sorakan tercetus apabila kanak-kanak berkenaan berjaya ditarik keluar disambut jeritan ‘Dia masih hidup!’

Giulia dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, seorang budak perempuan berusia empat tahun terselamat selepas kakaknya sempat melindung badannya daripada dihempap batu daripada rumah yang sedang runtuh.

Malangnya, kakaknya yang berusia lapan tahun itu meninggal dunia.

Dua beradik itu ditemui di celah runtuhan rumah percutian keluarga mereka di Pescara del Tronto. 0 Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 5:10 AM