FOTO ihsan Proton
FOTO ihsan Proton


Kuala Lumpur: DRB-HICOM dan Proton Holdings akan menghadiahkan tiga model kereta keluarannya kepada atlet yang menerima pingat pada Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom merangkap Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton Perdana 2.0 baharu bakal menjadi milik pemenang pingat emas.

“Bagi pemenang pingat perak, atlet akan menerima Proton Suprima S, manakala pemenang gangsa akan membawa pulang Proton Iriz sebagai ganjaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, DRB-Hicom dan Proton turut mendoakan kejayaan para atlet yang bersaing dalam Olimpik di Rio.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 10:08 AM