Bata

Kuala Lumpur: Kasut yang selesa menjadi simbol keyakinan si pemakai tidak kira untuk apa jua aktiviti .

Dengan keahlian Bata Club, anda boleh dapatkan kasut pilihan yang sangat selesa dengan harga yang berpatutan apabila menebus mata ganjaran keahlian atau tawaran hebat ekslusif untuk anda.

Bata Club yang berasaskan program kesetiaan mudah alih untuk pelanggan setia Bata menawarkan ganjaran dan keistimewaan terhebat dengan pendaftaran percuma.

Setiap RM1 pembelian di mana-mana kedai Bata terpilih, anda boleh mengumpul satu mata jika turut serta dalam keahlian ini.

Untuk menjadi sebahagian daripada 460,000 pelanggan yang sudah menjadi ahli, anda hanya perlu mendaftarkan nombor telefon dan nama di mana-mana kedai Bata.

Manfaat yang bakal diperoleh antaranya e-baucer RM15 untuk bonus hari lahir, Hari Jualan Ahli, harga ekslusif untuk produk istimewa dan e-baucar untuk penebusan mata.

Hanya dengan menggunakan nombor telefon sebagai pengenalan unik anda boleh mengumpul mata setiap kali membuat pembelian.

Selain itu, anda juga bakal menerima kemaskini tawaran istimewa dan e-baucar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ke talian yang sudah didaftarkan.

Sesetengah mesej tawaran akan mempunyai kod selamat unik dan jika ingin menebus tawaran, anda hanya perlu tunjukkan SMS berkenaan di kaunter juruwang.

Tunggu apa lagi, daftarkan keahlian anda di kaunter juruwang Bata yang terdekat!

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 11:00 AM