APLIKASI Hotlink baharu yang dilancarkan Maxis.
APLIKASI Hotlink baharu yang dilancarkan Maxis.

Kuala Lumpur:Maxis melancarkan aplikasi Hotlink baharu untuk pelanggan prabayar dan pascabayar mendapatkan servis yang diperlukan melalui platform semua-dalam-satu.

Pelanggan yang memuat turun aplikasi pada musim perayaan dan log masuk setiap hari hingga 7 Mei dijamin akses tawaran Raya percuma.

Mereka juga berpeluang memenangi ganjaran eksklusif dan hadiah menarik bernilai RM100,000, termasuk Samsung TV 65" Ultra HD 4K, Apple iPad Pro 12.9" Wi-Fi + Cellular 256GB, dan baucar tunai Grab, Petronas, Shopee dan Zalora.

Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, Rabiras Rajakrishnan berkata, keperluan pelanggan sentiasa berkembang dan ia amat penting untuk menyokong gaya hidup digital mereka.

"Dengan Aidilfitri yang kian menjelang, kami teruja untuk pelanggan Hotlink bersama-sama meraikan musim perayaan dengan ganjaran dan hadiah menarik," katanya dalam kenyataan.

Pengguna Prabayar Hotlink hanya perlu 'Belanja & Menang': Beli e-Baucar Ganjaran Hotlink melalui aplikasi Hotlink baharu untuk peluang memenangi hadiah menarik.

Lebih banyak baucar yang mereka beli, lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi hadiah ditawarkan.

Dari 3 hingga 17 Mei, pengguna juga akan menerima tambahan 30GB data percuma dengan setiap pembelian HotlinkMU.

Bagi pengguna Hotlink Postpaid, mereka perlu 'Tuntut & Menang': Log Masuk setiap hari, pilih tab 'Ganjaran' dan klik pada 'Menang Hadiah' untuk menuntut hadiah yang mereka inginkan untuk peluang memenanginya.

Tawaran Raya percuma, serta kempen Belanja & Menang dan Tuntut & Menang akan berlangsung sehingga 7 Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2022 @ 10:49 AM