AWIE (tiga dari kanan) diberi ucapan takziah oleh rakan-rakan. Turut kelihatan dua anggota Wings iaitu Joe (empat dari kiri) dan Eddie (dua dari kiri).
AWIE (tiga dari kanan) diberi ucapan takziah oleh rakan-rakan. Turut kelihatan dua anggota Wings iaitu Joe (empat dari kiri) dan Eddie (dua dari kiri).

AMPANG: Ibu penyanyi dan pelakon Awie iaitu Azizah Abd Hamid, 75, meninggal dunia 8 pagi tadi kerana sakit tua, selepas dijumpai terjatuh dalam bilik air di kediaman Awie di Ukay Perdana.

Perkara ini disahkan jurucakap Awie, Rouslan Mokhtar berkata, Allahyarham turut mengidap kencing manis dan darah tinggi tetapi dalam status terkawal.

"Allahyarham terjatuh dalam bilik air pagi ini dan kemudian meninggal dunia. Kejadian ini disedari pembantu rumah mereka lalu memaklumkan kepada Awie. Memang sejak Awie berdepan dengan krisis rumah tangga, ibunya menetap bersama Awie di rumah itu.

"Arwah seorang balu, meninggalkan lima anak dan 16 cucu. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Baru selepas solat Jumaat hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 11:09 AM