BAGI Rafiena ‘bercinta’ dengan karier lebih menggembirakan kerana tidak perlu jaga hati sesiapa.
BAGI Rafiena ‘bercinta’ dengan karier lebih menggembirakan kerana tidak perlu jaga hati sesiapa.

Pelakon yang kini aktif dalam bidang penerbitan drama, Datuk Rafiena Ezanee mendakwa diganggu lelaki yang pernah rapat dengannya sejak setahun lalu.

Hubungan mereka yang berlangsung hampir lima tahun itu berakhir tahun lalu.

Bagaimanapun, kisah mereka tidak terhenti di situ apabila Rafiena, 34, menyifatkan tindakan lelaki terbabit makin keterlaluan sehingga memaksanya membuat laporan polis.

“Saya anggap dia psiko. Walaupun sudah setahun berlalu, dia masih tidak boleh menerima kenyataan. Boleh dikatakan hampir setiap masa dia cuba mengganggu saya dengan menghantar orang lain berada di kawasan rumah dan pejabat saya.

“Perkara ini bukan saja merimaskan malah saya berasa kurang selamat. Saya bimbang jika ada perkara tak diingini berlaku. Lagipun saya mempunyai dua anak. Perkara ini bukannya baru, tetapi sudah lama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 7:11 AM