CHEW (kanan) bersama  Perry  melancarkan MPay Mastercard di Kuala Lumpur, semalam.
CHEW (kanan) bersama Perry melancarkan MPay Mastercard di Kuala Lumpur, semalam.
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Managepay Systems Berhad (MPay) menyasarkan 100,000 Kad Prabayar Mastercard MPay (MPay Mastercard) akan dilanggan bagi tahun pertama ia beroperasi.

Pengarah Urusannya Datuk Chew Chee Seng berkata, buat masa ini hanya 100,000 pemegang kad memandangkan ia perlu mengambil kira proses promosi dan pemasaran semasa dalam mempertingkatkan jumlah langganan.

Beliau berkata, pihaknya yakin ia akan meningkat pada 2017 dengan kadar pertumbuhan dua digit kerana MPay Mastercard lebih mudah digunakan serta fleksibel bagi mereka yang inginkan kehidupan lebih versatil.

“Kad prabayar yang kami tawarkan ini pilihan ideal bagi pembayaran secara tunai yang menawarkan ciri-ciri keselamatan sistem bagi pengguna ketika membeli barangan mahupun perkhidmatan.

“Malah, kami yakin melalui MPay Mastercard ini, ia akan membantu mewujudkan ekosistem pembayaran tanpa tunai dengan lebih baik kepada komuniti dalam membuat pembayaran barang, perkhidmatan, melancong dan banyak lagi pembayaran lain,” katanya pada sidang media pelancaran MPay Mastercard di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Mastercard, Perry Ong. Pelancaran kad prabayar Mpay Mastercard itu kerjasama dengan Mastercard
di mana ia turut menyokong pertumbuhan pasaran pembayaran tanpa tunai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:08 AM