GAYA moden dan klasik menjadi taruhan produk terkini jenama ini.
GAYA moden dan klasik menjadi taruhan produk terkini jenama ini.
myMetro

Diasaskan bekas pegawai tentera Jepun berusia 32 tahun, Kihachiro Onitsuka, jenama OnitSuka Tiger dilancarkan semula selepas Perang Dunia Kedua pada 1949.

Kihachiro percaya dengan pembabitan belia dalam aktiviti sukan membantu mereka melupakan peristiwa hitam dan membina keyakinan diri.

Bermula dengan menghasilkan rekaan kasut bola jaring, jenamanya terus dikenali di seluruh dunia dengan koleksi kasut kasual kerana menampilkan idea segar dan moden.

Jenama kasut yang popular dalam kalangan generasi muda di seluruh dunia itu mula memasuki pasaran Malaysia dengan membuka butik sulungnya di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 2014.

Meneruskan warisan dalam dunia sukan, jenama berkenaan sekali lagi memperkenalkan koleksi kasut lariannya yang terkini, Alvarado. Rekaan kasut larian itu dicipta berdasarkan koleksi kasut jenis sama pada tahun 80-an.

Ciri di bahagian atas kasut tampak sedikit retro dengan lelubang untuk memastikan aliran udara dalam keadaan baik supaya si pemakai sentiasa selesa.

Terdapat dalam pelbagai variasi warna, koleksi ini antara pilihan menarik untuk pelari memilih rekaan seimbang supaya tampak klasik dan moden dalam satu masa.

Rekaan unik juga dapat dilihat di bahagian tapak dan tumit yang menawarkan kestabilan yang baik kepada kaki. Material di bahagian atas kasut ialah kulit dan gentian sintetik manakala tapak luarnya disiapkan menggunakan getah supaya selesa dipakai ketika larian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:01 AM