GELAGAT atlet renang Russia di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow sebelum berlepas ke Rio.
GELAGAT atlet renang Russia di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow sebelum berlepas ke Rio.
AFP

Moscow: Kira-kira 70 atlet Russia daripada kontinjen Olimpik negara itu yang terjejas teruk kerana penggantungan berlepas dari Moscow ke Rio semalam ketika persekutuan sukan memutuskan pada saat akhir jumlah atlet yang dibenarkan beraksi.

Berpakaian seragam sukan merah dan putih, atlet harapan Olimpik itu termasuk dari skuad bola tampar, bola baling dan renang, dihantar penuh meriah walapun diselubungi skandal doping yang menyaksikan lebih 100 peserta digantung.

“Mereka membangkitkan semangat kami tapi dengan cara yang bagus. Kami akan berjuang dan membuktikan sukar untuk memecahbelahkan Russia,” kata pemain bola baling Polina Kuznetsova.

“Kami akan berjuang buat mereka yang tidak dapat pergi.”

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mencetus kritikan hebat dari luar Russia Ahad lalu apabila mereka enggan mengharamkan penyertaan menyeluruh kontinjen negara itu sebaliknya memberi peluang kepada persekutuan sukan menentukan atlet Russia yang boleh bertanding di Rio.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 6:55 AM