ANIS Nabilah.
ANIS Nabilah.
Syafil Syazwan Jefri


Ramai sedia maklum industri kulinari dan cef selebriti di Malaysia dimonopoli kaum Adam.

Namun, ia tidak mematahkan semangat cef dan pengacara Anis Nabilah Umaruddin untuk memacu kerjayanya sejak 10 tahun lalu. Berkat kesungguhan dan minat mendalam, Anis kini mampu tersenyum dengan pencapaiannya.

“Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai mengenali saya. Berjaya menempatkan diri di kaca televisyen sebagai cef satu pencapaian membanggakan buat saya,” katanya.

Anis, 30, berkata, tahun ini ada beberapa perkara menyerikan profil kerjayanya sebagai cef selebriti.

“Saya pernah mengacarakan beberapa program masakan namun tahun ini ada dua program judulnya tertera nama saya iaitu Aet Clean With Anis yang ditayang di Astro dan Cerita Rasa Nabilah (RTM).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 8:17 AM