IZUAN Ibrahim (tengah).
IZUAN Ibrahim (tengah).
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: “Anak muda usah risau untuk berkelana ke negeri orang demi mencari rezeki yang halal kerana jika niat betul pasti Tuhan akan mempermudahkan jalan.

“Jangan takut melepaskan kesenangan di negara sendiri atau berpisah dengan keluarga tersayang kerana banyak lagi pengalaman berharga yang boleh kita peroleh di luar sana,” kata Izuan Ibrahim, 32.

Nama Izuan sebelum ini agak asing bagi masyarakat di negara ini namun dia mula dikenali ramai selepas kisah kejayaannya melatih pemain badminton remaja Jepun menjadi viral di laman sosial.

Siapa sangka anak muda kelahiran Tumpat, Kelantan itu adalah antara insan bertanggungjawab melatih Kento Momota, pemain muda yang membantu negara itu menewaskan Malaysia pada perlawanan Piala Thomas 2014 lalu.

Menurut Izuan, sepanjang lima tahun berkhidmat di negara matahari terbit itu, dia bertanggungjawab membantu melatih pemain bawah 19, 16 dan 13 tahun di bawah naungan Persatuan Badminton Ehime, Kepulauan Shikoku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 8:25 AM