Alex (kiri) sentiasa mengagumi Allardyce.
Alex (kiri) sentiasa mengagumi Allardyce.
BBC Live Sport

London: Bekas pengarah Persatuan Bola Sepak (FA) David Davies yakin Sir Alex Ferguson mempengaruhi pemilihan Sam Allardyce sebagai pengurus baru England disebabkan hubungannya dengan bekas ketua eksekutif Manchester United David Gill.

Gill, 58, adalah sebahagian daripada tiga anggota panel pemilihan yang mencadangkan perlantikan Sam Allardyce kepada lembaga FA.

Allardyce dijangka akan disahkan sebagai pengganti Roy Hodgson hari ini.

"Jangan pandang rendah pengaruh dimiliki oleh Sir Alex Ferguson,” kata Davies. “Dia sentiasa mengagumi Sam Allardyce.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 5:50 PM